Tuesday, June 16, 2009

Petua Dihormati di Tempat Kerja



Petua Dihormati




  • Jika anda seorang ketua, cuba berbaik dengan semua pekerja termasuk golongan.bawahan.Mereka boleh menjadi sahabat dan sekali gus penyokong yang boleh meningkatkan karier anda.


  • Setia kepada ketua dan sentiasa mmpertahankannya tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar pejabat. ( hehehe..kalau ketua tu jenis orang yang sombong macam mana ya? )


  • Elakkan mengata seseorang melainkan di atelah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, jenayah, mencuri dan sebagainya.


  • Jangan mengkritik ( ini sudah dibincangkan dalam post yang lepas ) seseorang di depan atau di belakangnya melainkan jika anda diarahkan menjadi penyelianya. Siapa tahu dia mungkin jadi ketua anda suatu hari nanti (hmmm…jangan main-main susah dibuatnya nanti ).


  • Menerima kedatangan pekerja baru dengan baik. Tunjukkan keadaan pejabat dan jadikan dia sebahagian daripada kumpulan anda. Biarkanlah dia merasai sebahagian daripada politik di pejabat terutama undang-undang yang biasa digunakan. Tentu anda juga minta diperlakukan sedemikian jika menjadi orang baru.


  • Selalu menepati janji. Kekalkan reputasi ini kerana anda boleh menjadi orang yanng dipercayai.


  • Pastikan anda membelanja rakan yang pernah belanja untuk makan bersama. Elakkan daripada dikenali sebagai orang yang tidak tahu membalas budi.


  • Elakkan daripada menentang orang yang tidak anda sukai secara terbuka ketika dia sedang mengemukakan pendapatnya di pejabat. Cara demikian tidak akan membantu meningkatkan karier anda. Suarakan rasa tidak puas hati itu secara individu dengannya.


  • Ini adalah diantara apa yang boleh kita buat…masih banyak perkara lagi yang boleh kita laksanakan. Jika anda ada pendapat yang ingin dikongsikan disini, Ktom amat mengalu-alukannya. Semoga apa yang kita sampaikan dapat dikongsi dan dijadikan panduan bersama.

Thursday, November 13, 2008

ARRFAH Gallery
Arfa Media & Events
Lot 2-33, Anggerik Mall
Seksyen 14 (MARA Sel)
40000 Shah Alam
HP : 0123093732
T/F :03-55123732

Monday, September 8, 2008

WELCOME TO ARRFAH GALLERY


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
Saya Arfahjulaizah Arifin .........

Monday, December 10, 2007

Salam Sejahtera



Assalammualaikum!


Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, nikmat dan hidayahnya kepada anda serta kami sekeluarga, sahabat karib kaum muslimin dan muslimat diseluruh dunia Islam.


Amin....insyaAllah.


Ikhlas: Arfa