Tuesday, June 16, 2009

Petua Dihormati di Tempat Kerja



Petua Dihormati




  • Jika anda seorang ketua, cuba berbaik dengan semua pekerja termasuk golongan.bawahan.Mereka boleh menjadi sahabat dan sekali gus penyokong yang boleh meningkatkan karier anda.


  • Setia kepada ketua dan sentiasa mmpertahankannya tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar pejabat. ( hehehe..kalau ketua tu jenis orang yang sombong macam mana ya? )


  • Elakkan mengata seseorang melainkan di atelah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, jenayah, mencuri dan sebagainya.


  • Jangan mengkritik ( ini sudah dibincangkan dalam post yang lepas ) seseorang di depan atau di belakangnya melainkan jika anda diarahkan menjadi penyelianya. Siapa tahu dia mungkin jadi ketua anda suatu hari nanti (hmmm…jangan main-main susah dibuatnya nanti ).


  • Menerima kedatangan pekerja baru dengan baik. Tunjukkan keadaan pejabat dan jadikan dia sebahagian daripada kumpulan anda. Biarkanlah dia merasai sebahagian daripada politik di pejabat terutama undang-undang yang biasa digunakan. Tentu anda juga minta diperlakukan sedemikian jika menjadi orang baru.


  • Selalu menepati janji. Kekalkan reputasi ini kerana anda boleh menjadi orang yanng dipercayai.


  • Pastikan anda membelanja rakan yang pernah belanja untuk makan bersama. Elakkan daripada dikenali sebagai orang yang tidak tahu membalas budi.


  • Elakkan daripada menentang orang yang tidak anda sukai secara terbuka ketika dia sedang mengemukakan pendapatnya di pejabat. Cara demikian tidak akan membantu meningkatkan karier anda. Suarakan rasa tidak puas hati itu secara individu dengannya.


  • Ini adalah diantara apa yang boleh kita buat…masih banyak perkara lagi yang boleh kita laksanakan. Jika anda ada pendapat yang ingin dikongsikan disini, Ktom amat mengalu-alukannya. Semoga apa yang kita sampaikan dapat dikongsi dan dijadikan panduan bersama.

1 comment:

Unknown said...

Salam Arfah,

Komunikasi antara elemen penting utk kita dihormati ditempat kerja. Tidak kira apa bidang dan status pekerjaan kita, kalau komunikasi out rasanya susah orang nak hormat kita.

Sebagai contoh, kalau kita bos tapi we communicate with our staffs dgn cara yg kasar mungkin dia akan ikut cakap kita tapi diorang for sure takkan hormat kita. Apatah lagi kalau kita org bawahan, cara kita berkomunikasi semasa mesyuarat misalnya, malah semasa duduk santai2 dgn colleagues juga tak boleh over sangat. Kena tengok org juga yg tak tahan bergurau jgn lah kita over plak bergurau dgn dia.

Satu lagi ini biasa diabaikan. Cantik mcmna pun komunikasi tapi kalau mulut bau longkang, busuk, hampeh, org tak suka jgk..kalau org tak suka biasanya org tak hormat kat kita..jadi bahan kutukan aje..haha..betul tak?..so moral of the story sesapa yg mulut berbau tu TOLONGLAH sentiasa bersihkan mulut anda sebaik2nye agar anda disayangi, disenangi dan dihormati

ur no.1 fan